BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

~ Usaha Membentuk Kejayaan Membina Kehidupan ~

 
U saha tangga kejayaan. Itulah ungkapan dan kata2 semangat yang biasa kita dengar. Namun, pernahkah kita fikirkan sejauh mana usaha kita untuk berjaya? Mampukah usaha kita berkekalan hingga ke akhirnya? Inilah yang ingin kita selongkar betapa pentingnya usaha untuk berjaya dan kejayaan itu dapat kita guna untuk membina kehidupan. Bermula dari usaha yang kecil, kita merangkak ke atas perlahan2. Apabila usaha bertambah, maka lebih ataskita dapat kecapi. Contohnya,usaha secara kecil-kecilan seperti belajar mengenai pengetahuan IT dapat dimulai sebelum pergi ke peringkat menghasilkan bahan IT. Lebih terperinci lagi, pengasas Microsoft, Bill Gates, belajar mengenai ilmu komputer semasa usianya muda. Apabila meningkat dewasa, beliau meneruskan usahanya untuk menghasilkan sebuah cip Microsoft. Hasilnya majoriti di dunia ini menggunakan kejayaan beliau menghasilkan Microsoft itu. Kejayaan ini menjadikan beliau orang terkaya di dunia (2009). Berikut adalah senarai Billionaires 2009:

 1. Bill Gates
    Dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington, USA. Beliau menetap di 1835 73rd Ave NE, Medina, WA. Beliau merupakan seorang rakyat Amerka. Menuntut ilmu di Universiti Harvard sehingga 1975. Beliau bekerjaya sebagai seorang Pengerusi Microsoft, Naib Pengerusi Bill & Melinda Gates Foundation, Pengarah Berkhshire Hathaway dan CEO Cascade Investment. Pada 2010, keuntungan beliau adalah sejumlah US$53 billion.

                                                                                                                                                                                                                            2. Warren Buffett
    Dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, USA. Beliau merupakan seorang rakyat America. Menuntut ilmu di Universiti Pennysylvania, Universiti Nebraska-Lincoln dan Universiti Columbia. Bekerjaya sebagai seorang Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Investor. Gaji beliau sebanyak US$100,000 sebulan. Harta beliau berjumlah US$47 billion pada tahun 2010.



3. Carlos Slim Helu`                  
    Dilahirkan pada 28 Januari 1940 di Mexico City, Mexico. Warganegara Mexico, etnik Lebanese-Mexican. Menuntut ilmu di Universiti Nacional Autonoma de Mexico -UNAM. Bekerjaya sebagai seorang Pengerusi dan CEO Telmex, Telcel dan America Movil. Hartanya pada tahun 2010 adalah sebanyak US$60 billion.                                                         
   
  Hakikatnya, perkara yang kita mahu contohi adalah semangat dan usaha mereka sehingga berjaya membina sebuah kejayaan hidup. Jika mereka mampu melakukannya, kita juga mampu membinanya, malah dengan lebih tinggi lagi. Ingatlah! Setiap manusia mempunyai peluang......ORANG GAGAL MEMBUANG PELUANG, ORANG BERJAYA MENDAPATKAN PELUANG, ORANG CEMERLANG MEMBUAT PELUANG!!!                      akmalPeeRS2010      

No comments:

Post a Comment