BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

EGGMan oooo


READ THIS:IF YOU ARE DRIVING AT NIGHT AND ARE ATTACKED WITH EGGS,DO NOT OPERATE THE WIPER OR SPRAY ANY WATER..YOU CAN DRIVE WITH WHATEVER VISIBILITY REMAINING UNTIL YOU REACH A SAFER PLACE.BECOZ EGGS WHEN MIXED WITH WATER BECOME MILKY AND BLOCK UR VISION UP TO 92.5%THEN YOU aRe FORCED TO STOP AT ROAD SIDE AND BECOME VICTIM OF ROBBERS.THIS IS A NEW TECHNIQUE USED BY ROBBERS AT Johor bahru...

JOm $@N+@!=Und@ng-unD@ng Pelik Di DUni@

MALAYSIA :

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.


THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.


SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.


KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.


SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.


UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.


MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.* Dilarang memaki di tempat umum.


AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.


YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.


KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.* Dilarang memanjat pokok.


PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.


ISRAEL :

* Dilarang memelihara vavi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.



- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.* Dilarang bermain domino di hari Minggu.* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.* Dilarang memandu dengan mata tertutup.


- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.* Dilarang memberi minum bir pada rusa.* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.


- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.


- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.


- CONNECTICUT :

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.


- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.


- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.


                                                                                                                    -$@r@hPeeRS2010-

Monday, September 13, 2010

mengapa anda kejam!!!!!!!!!???????????

MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.





KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.


Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.

Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.

Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit

Reply With Quote

stressssssssssssssss!!!!!!!!!!!! nyer!!!!!!!!!!!!


APAKAH DIA STRES?
Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa

Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

Persekitaran yang tidak selesa
- bising, panas dan sempit

Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga
- waktu kerja yang tidak fleksibel

KESAN STRES

Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada tingkahlaku yang negative.
Ia boleh menyebabkan
- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang
- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic
- kemurungan


CARA-CARA MENGURANGKAN STRES

1) Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa yang tidak fleksibel

2) Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)

PERUNDANGAN
Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menetapkan tugas am bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dan menjamin kesejahteraan pekerja. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat termasuk memastikan bahawa tiada kesan negative daripada factor-faktor seperti kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan, pengalihudaraan, habuk, getaran dan bahan berbahaya.
Majikan juga hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang berkualiti seperti mengutamakan persekitaran kerja yang terbuka, mengamalkan dialog dan perhubungan secara meluas, memberi peluang samarata dan tiada diskriminasi serta memastikan penyelesaian masalah bersama. Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa OSH yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal masa kerja termasuk hari rehat, kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja shift dan jumlah kerja lebih masa.

stressssssssssssssss!!!!!!!!!!!! nyer!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 8, 2010

Hiburan di Aidilfitri.....


 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog PeeRS MaReSMAG. Seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalm sehari lagi. Jadi kita sekali lagi akan meninggalkan bulan barakah ini. Namun yang kita pegangi adalah amal kita sepanjang bulan Ramadhan. Di sini PeeRS berminat untuk berkongsi hiburan Syawal iaitu lagu raya yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ini menjadi pilihan PeeRS dek kerana keasyikan Allahyarham Sudirman menyampaikannya. Untuk lebih menghayati hiburan Aidilfitri ini, turut disediakan lirik dan lagu "Dari Jauh Ku Pohon Maaf".....

video

Sudirman – Dari Jauh Kupohon Maaf

Download

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki 
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas 
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh
                                                                                                akmalPeeRS2010                                                                                                          

- HARI KEMENANGAN AIDILFITRI -

Mengikut perhitungan, esok merupakan hari akhir Ramadhan pada tahun ini. Maka adalah satu kerugian bagi yang melepaskan peluang di dalam bulan Ramadhan. Apabila berakhirnya puasa di dalam bulan Ramadhan, kita akan menyambut satu lagi bulan istimewa iaitu bulan Syawal. Setelah tamat kita berpuasa, kita akan menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal. Tarikh ini semua umat Islam diharamkan berpuasa. Allah S.W.T akan mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada umat Islam yang berpuasa genap 30 hari dalam bulan Ramadhan dan meraikan Aidilfitri. Sehubungan itu, kita perlulah mendapatkan rahmat Allah S.W.T dengan memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Moga2 kita diberkati semasa meraikan Aidilfitri yang mulia bersama2 keluarga, saudara-mara serta sahabat handai. Tidak lupa yang tua atau muda semua menyambut Aidilfitri dengan gembira. Miskin atau kaya turut memeriahkan Aidilfitri yang bakal kita sambut. Sedutan PeeRS kali ini menyediakan perkara2 sunat yang boleh dilakukan pada hari Aidilfitri:
  • memperbanyakkan takbir (dari malam raya, hingga pagi raya)...
  • mandi sunat Aidilfitri...
  • memakai pakaian yang terbaik yang dimiliki...
  • memakai bau-bauan yang harum (khusus bg lelaki)...
  • menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid...
  • jika berkemampuan, digalakkan berjalan kaki ke masjid...
  • pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berbeza...
  • solat sunat Aidilfitri...
  • mendengar khutbah Aidilfitri...
  • menziarahi jiran & sanak saudara...
  • mengucapkan selamat dan mendoakan satu sama lain dgn ucapan "Taqabballahhu minna wa minkum" yang bermaksud, semoga Allah S.W.T menerima amalan (ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu...
  • bergembira di Hari Raya...
                                                                                             akmalPeeRS2010 

Tuesday, September 7, 2010

~ Usaha Membentuk Kejayaan Membina Kehidupan ~

 
U saha tangga kejayaan. Itulah ungkapan dan kata2 semangat yang biasa kita dengar. Namun, pernahkah kita fikirkan sejauh mana usaha kita untuk berjaya? Mampukah usaha kita berkekalan hingga ke akhirnya? Inilah yang ingin kita selongkar betapa pentingnya usaha untuk berjaya dan kejayaan itu dapat kita guna untuk membina kehidupan. Bermula dari usaha yang kecil, kita merangkak ke atas perlahan2. Apabila usaha bertambah, maka lebih ataskita dapat kecapi. Contohnya,usaha secara kecil-kecilan seperti belajar mengenai pengetahuan IT dapat dimulai sebelum pergi ke peringkat menghasilkan bahan IT. Lebih terperinci lagi, pengasas Microsoft, Bill Gates, belajar mengenai ilmu komputer semasa usianya muda. Apabila meningkat dewasa, beliau meneruskan usahanya untuk menghasilkan sebuah cip Microsoft. Hasilnya majoriti di dunia ini menggunakan kejayaan beliau menghasilkan Microsoft itu. Kejayaan ini menjadikan beliau orang terkaya di dunia (2009). Berikut adalah senarai Billionaires 2009:

 1. Bill Gates
    Dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington, USA. Beliau menetap di 1835 73rd Ave NE, Medina, WA. Beliau merupakan seorang rakyat Amerka. Menuntut ilmu di Universiti Harvard sehingga 1975. Beliau bekerjaya sebagai seorang Pengerusi Microsoft, Naib Pengerusi Bill & Melinda Gates Foundation, Pengarah Berkhshire Hathaway dan CEO Cascade Investment. Pada 2010, keuntungan beliau adalah sejumlah US$53 billion.

                                                                                                                                                                                                                            2. Warren Buffett
    Dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, USA. Beliau merupakan seorang rakyat America. Menuntut ilmu di Universiti Pennysylvania, Universiti Nebraska-Lincoln dan Universiti Columbia. Bekerjaya sebagai seorang Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Investor. Gaji beliau sebanyak US$100,000 sebulan. Harta beliau berjumlah US$47 billion pada tahun 2010.



3. Carlos Slim Helu`                  
    Dilahirkan pada 28 Januari 1940 di Mexico City, Mexico. Warganegara Mexico, etnik Lebanese-Mexican. Menuntut ilmu di Universiti Nacional Autonoma de Mexico -UNAM. Bekerjaya sebagai seorang Pengerusi dan CEO Telmex, Telcel dan America Movil. Hartanya pada tahun 2010 adalah sebanyak US$60 billion.                                                         
   
  Hakikatnya, perkara yang kita mahu contohi adalah semangat dan usaha mereka sehingga berjaya membina sebuah kejayaan hidup. Jika mereka mampu melakukannya, kita juga mampu membinanya, malah dengan lebih tinggi lagi. Ingatlah! Setiap manusia mempunyai peluang......ORANG GAGAL MEMBUANG PELUANG, ORANG BERJAYA MENDAPATKAN PELUANG, ORANG CEMERLANG MEMBUAT PELUANG!!!                      akmalPeeRS2010      

Teknik Belajar Mind-mapping....


Kaunseling kali ingin berkongsi satu teknik pembelajaran yang berkesan. Bagi sesetengah pelajar, yang dapat menghasilkan kreativiti, teknik belajar menggunakan 'mind-mapping' merupakan teknik yang berkesan. Ini kerana persekitaran 'mind-mapping' itu mempunyai lakaran dan lukisan dapat menarik perhatian. Sebagaimana kita membaca nota, ianya kurang ceria apabila ditulis dalam perenggan. 'Mind-mapping bukan sahaja sesuai untuk golongan pelajar malah kanak2 juga dapat dididik dengan   menggunakan lakaran 'mind-mapping'. Malah, sekolah2 di seluruh dunia juga ada yang menggunakan inisiatif belajar secara peta minda. Tetapi, sesetengah pelajar lebih suka belajar secara nota kerana kemungkinan mereka tidak dapat memahami struktur pembinaan 'mind-mapping'. Secara kesimpulannya, kita perlulah memahami apa yang kita pelajari dengan cara kita sendiri....     akmalPeeRS2010 

Monday, September 6, 2010

SAHABAT.......

Salam. Satu lagi perkara yang agak serius yang berlaku dalam kalangan generasi masa kini    adalah ETIKA dengan rakan2. Lazimnya, dalam kehidupan dan pergaulan kita, sesuatu
 yang berlaku adalah sifat hormat kepada kawan2 yang semakin berkurangan. Kemungkinan hilangnya sifat hormat kepada rakan ini adalah disebabkan perangai. Apabila perangai seseorang itu buruk di mata seseorang rakan itu, maka lenyaplah rasa hormat. Ini merupakan perkara yang agak penting dan perlu diambil kira. Kita sebagai rakan perlulah mendalami masalah yang berlaku kepada rakan kita yang lain.      Tahu akan perkara tersebut dapat mendekatkan kita dengan rakan kita itu. Setiap manusia layak diberi peluang termasuklah rakan2 kita. Jika ada yang melakukan kesalahan, lebih baik kita berterus-terang dengannya bahawa apa yang dilakukan itu adalah tidak betul/baik. Buruk sangka terhadap rakan juga sesuatu yang agak negatf. Rakan, kawan, sahabat dan friends adalah saudara kita. Berpecah dengan mereka bermakna putuslah saudara....Ingat rakan lebih menjadi kawan.........Cubalah dekatkan diri dengan yang tidak dekat, kongsilah rasa sayang kepada sahabat, kerana dunia di dunia sahaja kita mengenali siapa sahabat.............                                                                                                akmalPeeRS2010

                                                                                                              

Perubahan terhadap Suasana dan Paradigma Pelajar


KAMI ANTI BUDAYA INI
Pada zaman ayah dan ibu kita dahulu, sering kita lihat orang dewasa akan melakukan perkara dewasa, namun kini kita lihat tidak kira orang muda atau orang tua akan melakukan perkara dewasa. Sebagai contoh, rokok pada suatu masa dahulu, agak ganjil dan aneh apabila orang muda atau remaja menghisap rokok, tetapi kini, kita dikejutkan dengan pelajar sekolah rendah sudah ada yang mencuba untuk mendekatkan diri dengan rokok. Perkara ini dianggap remeh pada masa era kemodenan ini, namun haruslah kita ingat, era kemodenan yang melampaui akan menjatuhkan tamadun manusia itu sendiri. Sebagai contoh lain, dari segi akademik, dulunya kita bertanggungjawab ke atas pelajaran kita, tetapi hari ini guru2 yang memegang tanggungjawab itu. Fikirkan, positifkan. Wallahua'lam.
GURU ATAU PELAJAR???
                                                                                        - akmalPeeRS2010

Sedikit pengetahuan tentang 'Kaunseling'

Lima tujuan Kaunseling, iaitu:
  1. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. 
  2. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  3. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  4. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling juga dapat membantu pelajar:
  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Manusia tidak lari daripada masalah, jadi pelajar yang mempunyai masalah dan ingin mendapatkan penyelesaian....anda mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada Kaunselor atau Pembimbing Rakan Sebaya. 
Ada antara kita yang sedemikian, tetapi malu mendapatkan khidmat kaunseling, buang sifat malu tersebut, jangan pagari diri dengan masalah, anda masih layak hidup ceria tanpa masalah. 
                                                                             - akmalPeeRS2010 -                                                                                   

Kasih SeOrang Ibu...

Mungkin artikel ini dah selalu dibaca.Tapi artikel ini sekadar mengingatkan kita tentang besarnya jasa seorang ibu dan realiti anak2x masa kini.Saksikan

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.




Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.




Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.




Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.


Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."




Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.




Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.




Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.




Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."




Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.




Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.




Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.


Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"




Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"




Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.




Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.




Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"




Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"




Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.


Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.
                                               

Pengajaran:sayangilah mak anda :)