BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 6, 2010

Sedikit pengetahuan tentang 'Kaunseling'

Lima tujuan Kaunseling, iaitu:
  1. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. 
  2. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  3. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  4. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling juga dapat membantu pelajar:
  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Manusia tidak lari daripada masalah, jadi pelajar yang mempunyai masalah dan ingin mendapatkan penyelesaian....anda mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada Kaunselor atau Pembimbing Rakan Sebaya. 
Ada antara kita yang sedemikian, tetapi malu mendapatkan khidmat kaunseling, buang sifat malu tersebut, jangan pagari diri dengan masalah, anda masih layak hidup ceria tanpa masalah. 
                                                                             - akmalPeeRS2010 -                                                                                   

No comments:

Post a Comment