BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 8, 2010

- HARI KEMENANGAN AIDILFITRI -

Mengikut perhitungan, esok merupakan hari akhir Ramadhan pada tahun ini. Maka adalah satu kerugian bagi yang melepaskan peluang di dalam bulan Ramadhan. Apabila berakhirnya puasa di dalam bulan Ramadhan, kita akan menyambut satu lagi bulan istimewa iaitu bulan Syawal. Setelah tamat kita berpuasa, kita akan menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal. Tarikh ini semua umat Islam diharamkan berpuasa. Allah S.W.T akan mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada umat Islam yang berpuasa genap 30 hari dalam bulan Ramadhan dan meraikan Aidilfitri. Sehubungan itu, kita perlulah mendapatkan rahmat Allah S.W.T dengan memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Moga2 kita diberkati semasa meraikan Aidilfitri yang mulia bersama2 keluarga, saudara-mara serta sahabat handai. Tidak lupa yang tua atau muda semua menyambut Aidilfitri dengan gembira. Miskin atau kaya turut memeriahkan Aidilfitri yang bakal kita sambut. Sedutan PeeRS kali ini menyediakan perkara2 sunat yang boleh dilakukan pada hari Aidilfitri:
  • memperbanyakkan takbir (dari malam raya, hingga pagi raya)...
  • mandi sunat Aidilfitri...
  • memakai pakaian yang terbaik yang dimiliki...
  • memakai bau-bauan yang harum (khusus bg lelaki)...
  • menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid...
  • jika berkemampuan, digalakkan berjalan kaki ke masjid...
  • pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berbeza...
  • solat sunat Aidilfitri...
  • mendengar khutbah Aidilfitri...
  • menziarahi jiran & sanak saudara...
  • mengucapkan selamat dan mendoakan satu sama lain dgn ucapan "Taqabballahhu minna wa minkum" yang bermaksud, semoga Allah S.W.T menerima amalan (ibadat di bulan Ramadhan) kami dan kamu...
  • bergembira di Hari Raya...
                                                                                             akmalPeeRS2010 

No comments:

Post a Comment