JIKA KITA MEMPUNYAI KESULITAN, BERDOALAH PADA TUHAN . INIKAN TIDAK , MAHU BERJUMPA BOMOHLAH, PAWANG LAH AP NAK JADI !!!
BACALAH KELEBIHAN BERDOA! BERBEDA DGN MENGAMALKAN AMALAN SYIRIK..
BERDOA KPD ALLAH,..DLM SURAH AL-FATIHAH "dengan Eng-Kau lah aku memohon pertolongan dan Eng-Kaulah yang aku sembah"
Kelebihan berdoa
Dan Tuhanmu berfirman:"berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu." (Surah Ghafir:60)
2.Doa juga merupakan suatu ibadat.Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
"Berdoa itu merupakan suatu ibadat dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan untuk kamu." (Abu Daud Al-Tirmizi dan Ibn Majah)
3. Allah malu untuk menolak atau menghampakan permintaan hambaNya, sebagaimana sabda baginda s.a.w. :
"Sesungguhnya Tuhan kamu yang mulia, amat pemalu terhadap hambaNya apabila hambaNya mengangkat kedua belah tangannya memohon kepadaNya (berdoa) untuk menolak kedua tangannya itu dengan kosong." (Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibn Majah)
4. Doa yang dipanjatkan oleh hamba akan diperkenankan melalui 3 bentuk, sebagaimana sabda Baginda s.a.w. :
"Mana mana muslim yg berdoa kepada Allah dengan suatu doa dan dia tidak berdosa serta tidak memutuskan hubungan silaturrahim, melainkan diberikan oleh Allah dengan salah satu dari 3 bentuk: sama ada disegerakan apa yang dia doakan atau sebagai simpanan bekalan pada hari Akhirat ataupun diselamatkan daripada sebarang kejahatan.Para sahabat berkata: Oleh itu,kita perbanyakkan (berdoa).Baginda bersabda: Allah itu lebih bayak lagi (rahmatNya)."()al-Tirmizi dan Ahmad)
TEAH@#:)
No comments:
Post a Comment